Cakap-Cakap Bola | Kafe Bola

Apa Saja Tentang Dunia Bola Sepak, Memang Best Untuk Disembangkan.. Makan Bola, Tidur Bola, Makan Bola, Minum Bola, Cakap Pun Tentang Bola Daaa..

  • Entries
  • Comments

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Faktor nasib sebelahi Selangor, Kelantan turun gelanggang malam ini

Saturday, October 3, 2009

MALAM tadi ada satu perlawanan Piala Malaysia melibatkan juara Liga Super musim ini yang juga pasukan favorite untuk menjulang piala berprestij, iaitu Selangor turun menentang Kuala Muda Naza.

Setelah dua perlawanan awal, pasukan The Red Giants itu ternyata begitu sukar untuk digugat dan kelihatan tidak mustahil untuk menyapu bersih semua piala yang ditawarkan musim ini.

Selain Liga Super, Selangor juga muncul juara Piala FA setelah menundukkan pasukan yang begitu memikat, Kelantan atau The Red Warriors menerusi penentuan tendangan penalti dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, 25 April lalu.

Malam tadi Selangor meneruskan lagi kecemerlangan mereka setelah pada satu ketika mereka hampir-hampir berputih mata apabila ketinggalan kepada Kuala Muda Naza 0-2.

Malang sekali buat Kuala Muda setelah penjaga gol mereka membuat kesilapan yang tak sepatutnya, hanya tiga minit sebelum babak pertama berakhir. Penhaga gol Kuala Muda, Azizon Kadir tersalah menghantar bola ke arah Amri Yahyah dan kapten Selangor itu mudah menolak masuk untuk gol pertama Selangor pada minit ke-42.

Malang berganda pula buat Kuala Muda ketika mendahului 2-1, pemain pertahanannya, Saiful Azrin terpaksa meninggalkan padang akibat dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-64.

Akhirnya kesempatan itu berjaya dipergunakan sebaiknya oleh pasukan 'merah kuning' menyamakan kedudukan pada minit ke-80 selepas Safee Sali menolak masuk bola hantaran Asraruddin sebelum penyerang gantian, Rudie Ramli menyempurnakan gol kemenangan pada masa kecederaan iaitu pada minit ke-92. Bermakna Selangor menang game malam tadi dengan keputusan penuhnya 3-2.

Barangkali faktor nasib turut membantu Selangor pada perlawanan berkenaan. Gol pertama juga dikira nasib apabila kesilapan mudah penjaga yang tersilap membuat bacaan. Menyusul pula selepas itu lawan mereka bermain dengan 10 orang, manakala gol ketiga pula hadir pada masa kecederaan.

Apa-apa pun syabas buat Selangor, tiga mata lagi berjaya dipungut membolehkan mereka semakin kukuh mendahului kumpulan D dengan jumlah sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Malam ini ada sembilan lagi perlawanan, termasuk The Red Warriors akan turun gelanggang. Harap-harap mampu memenuhi harapan seluruh peminat Che Siti Wan Kembang itu. Nanti perlawanan keempat bertambah gamat lagi Stadium Sultan Mohd Ke-IV.

11:25 AM | Labels: Kelantan, Piala Malaysia, Red Warriors, Selangor |  

This entry was posted on 11:25 AM and is filed under Kelantan , Piala Malaysia , Red Warriors , Selangor . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


Game Best Minggu Ini..!!

Game Best Minggu Ini..!!
CHELSEA VS LIVERPOOL

Sape Makan Sape Daaa....

Sape Makan Sape Daaa....

Rekod Je Laa.. Atas Padang Len Citer..

Rekod Je Laa.. Atas Padang Len Citer..
  • Cakap Bab Apa:

    • Kelantan (2)
    • Piala Malaysia (2)
    • Red Warriors (2)
    • Selangor (1)

    Laman Favorite

    • Berita Bola Sepak
    • Blog Husam Musa
    • Blog Tok Guru
    • Carta Bola Terkini
    • HarakahDaily
    • Harian Metro
    • Info Bola Terkini
    • Info Sukan Semasa
    • Islamic Library
    • Jadual Bola Terkini
    • Keputusan Bola Terkini
    • Kosmo Online
    • Laman Web FIFA

    My Blog List

    • Keluargaku Sayang
      Bismillah. Selamat Tahun Baru 2018
      7 years ago
    • KakChik's Wardrobe.
      This blog will be shut down by the end of this month.
      14 years ago
    • Keputusan Bola Sepak Terkini
      Keputusan Terkini Liga Super 2011
      14 years ago
    • Jadual Bola Sepak Terkini
      Jadual Terkini Liga Super 2011
      14 years ago
    • Carta Bola | Carta Liga Terkini
      Uruguay terakhir layak ke Piala Dunia 2010
      15 years ago
    • Berita Bola Sepak | Info Perlawanan Terkini
      Kelantan hampiri final, N Sembilan menang tipis
      15 years ago
  • Rakyat Bersama Tok Guru

    Rakyat Bersama Tok Guru

    Kelantanese Blogger

    Kelantanese Blogger

    Blog Archive

    • ▼ 2009 (2)
      • ▼ October (2)
        • Kelantan lawan ATM: Misi tiga mata penuh
        • Faktor nasib sebelahi Selangor, Kelantan turun gel...

Cakap-Cakap Bola | Kafe Bola © 2008 Free Premium Wordpress Themes and BlackQuanta | Bloggerized by : GosuBlogger