Kredit banner: redkijang.com
MALAM ini sembilan lagi perlawanan peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2009 akan berlangsung, ia termasuk perlawanan antara Kelatan 'The Red Warriors' menentang Angkatan Tentera (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Peminat-peminat Wira Merah di sekitar Lembah Klang tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka itu memandangkan peningkatan mendadak dipamerkan oleh barisan anak didik B Sathianathan.
Semoga Kelantan akan mampu mengutip tiga mata penuh malam ini untuk mengukuhkan peluang dan harapan mara ke peringkat suku akhir.
Kelantan lawan ATM: Misi tiga mata penuh
Saturday, October 3, 2009
6:32 PM | Labels: Kelantan, Piala Malaysia, Red Warriors | 1 Comments
Faktor nasib sebelahi Selangor, Kelantan turun gelanggang malam ini
MALAM tadi ada satu perlawanan Piala Malaysia melibatkan juara Liga Super musim ini yang juga pasukan favorite untuk menjulang piala berprestij, iaitu Selangor turun menentang Kuala Muda Naza.
Setelah dua perlawanan awal, pasukan The Red Giants itu ternyata begitu sukar untuk digugat dan kelihatan tidak mustahil untuk menyapu bersih semua piala yang ditawarkan musim ini.
Selain Liga Super, Selangor juga muncul juara Piala FA setelah menundukkan pasukan yang begitu memikat, Kelantan atau The Red Warriors menerusi penentuan tendangan penalti dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, 25 April lalu.
Malam tadi Selangor meneruskan lagi kecemerlangan mereka setelah pada satu ketika mereka hampir-hampir berputih mata apabila ketinggalan kepada Kuala Muda Naza 0-2.
Malang sekali buat Kuala Muda setelah penjaga gol mereka membuat kesilapan yang tak sepatutnya, hanya tiga minit sebelum babak pertama berakhir. Penhaga gol Kuala Muda, Azizon Kadir tersalah menghantar bola ke arah Amri Yahyah dan kapten Selangor itu mudah menolak masuk untuk gol pertama Selangor pada minit ke-42.
Malang berganda pula buat Kuala Muda ketika mendahului 2-1, pemain pertahanannya, Saiful Azrin terpaksa meninggalkan padang akibat dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-64.
Akhirnya kesempatan itu berjaya dipergunakan sebaiknya oleh pasukan 'merah kuning' menyamakan kedudukan pada minit ke-80 selepas Safee Sali menolak masuk bola hantaran Asraruddin sebelum penyerang gantian, Rudie Ramli menyempurnakan gol kemenangan pada masa kecederaan iaitu pada minit ke-92. Bermakna Selangor menang game malam tadi dengan keputusan penuhnya 3-2.Barangkali faktor nasib turut membantu Selangor pada perlawanan berkenaan. Gol pertama juga dikira nasib apabila kesilapan mudah penjaga yang tersilap membuat bacaan. Menyusul pula selepas itu lawan mereka bermain dengan 10 orang, manakala gol ketiga pula hadir pada masa kecederaan.
Apa-apa pun syabas buat Selangor, tiga mata lagi berjaya dipungut membolehkan mereka semakin kukuh mendahului kumpulan D dengan jumlah sembilan mata daripada tiga perlawanan.
Malam ini ada sembilan lagi perlawanan, termasuk The Red Warriors akan turun gelanggang. Harap-harap mampu memenuhi harapan seluruh peminat Che Siti Wan Kembang itu. Nanti perlawanan keempat bertambah gamat lagi Stadium Sultan Mohd Ke-IV.
11:25 AM | Labels: Kelantan, Piala Malaysia, Red Warriors, Selangor | 0 Comments